Selasa, 17 Oktober 2017

BODY SHOP 'STRAWBERRY BODY BUTTER' REVIEW

Assalamualaikum...

Selamat Petang semua😍

Hari ni sya akan review  produk dari THE BODY SHOP iaitu STRAWBERRY BODY BUTTER.

Pertama sekali sya sangat menghargai pemberian istemewa set BODY SHOP oleh seseorang yang sangat istemewa bgi syaπŸ˜‹....dan  setelah menggunakan produk ni hampir sebulan sya ingin memberi review sama ada produk ni baik atau....πŸ™ˆ

Apa yang istemewanya BODY BUTTER NI !! 

1. Deskripsi Produk 
 
The Body Shop Body Butter Strawberry

Product description Online : 

Our deliciously fruity body butter will melt into your skin, for an intensely moisturising experience. Reveal silkier-softer, strawberry scented skin after every use.
  • Body butter
  • Nourishes skin
  • HYDRATION For NORMAL skin
  • Skin is left feeling softer & more supple
  • Easily absorbed
  • Sweet strawberry scent
  • Cold-pressed strawberry seed oil
Mengenai Produk :
  • 200 ml 6.75 OZ
  • 192 g
  • Long lasting 34 hour
  • Untuk kegunaan luar sahaja 
  • Tidak boleh ditelan, dirasa atau untuk penggunaan mata atau yg sulit
2. BELAKANG BEKAS 

Gambar Belakang Bekas


Nota : Deskripsi di belakang bekas adalah untuk precaution/ benda yang perlu di ingati semasa menggunakan produk ini.

Dari segi bekas produk, ia sangat berkualiti dan tidak mudah pecah. Bekas juga mempunyai permukaan yang tidak licin dan sangat selesa di pegang. Sticker dan warna bekas juga tidak pudar. Memang tip-top !😘


3. ISI PRODUK 

Krim butter

Isi produk : Ia sejenis krim yang pekat dan seperti mentega/butter. Krim ni juga sangat wangi dan semestinya bau Strawberry.πŸ’Ÿ Dari segi warna ia lebih kepada warna pink muda . Cepat menyerap dalam kulit terutamanya digunakan selepas mandi.

πŸ’ Disini sya akn menyenaraikan keistemewaan dan kekurangan sepanjang sya mnggunakan produk ini....

πŸ’₯KEISTEMEWAAN 

1. Wangian tahan lama / hilang selepas mandi
2. Mudah menyerap
3. Melembapkan kulit
4. colourless / tidak meninggalkan warna di kulit atau baju
5. Mengurangkan kedut 
6. Rasa segar dan sejuk
7. Boleh digunakan di seluruh badan kecuali wajah
8.  Mencantikkan dan melembutkan kulit 
9. Kulit lebih tegang 
10. Menutup liang pori di badan
11. Boleh digunakkan oleh lelaki dan perempuan dan remaja belasan tahun

πŸ’₯ KEKURANGAN

1. Pada awal penggunakan akan rasa sedikit melekit namun beransur hilang rasa lekitan selepas 1 jam atau 30 minit.
2. Pedas apabila terkena luka
3. Harga sedikit Mahal πŸ™Š

πŸ’• Penutup

Secara keseluruhannya, produk ini sangat-sangat berkualiti dan baik untuk kulit. Walaupun terdapat bahan kimia namun tidaklah menjejaskan kulit dalam jangka masa panjang. Tiada iritasi sepanjang sya guna produk ni kerna bahan asasnya adalah strawberry iaitu buah2an yang baik untuk kulit. Selain itu, BODY BUTTER dari THE BODY SHOP ini juga banyak variasi selain strawberry seperti VANILLA PUMPKIN, RASPBERRY, ARGAN OIL dan seterusnya....

Link di bawah adalah dari official the body shop, boleh tengok2 produk yang lain, 

https://www.thebodyshop.com.my/

πŸ’œ RECOMMEND / NOT R : STRONGLY RECOMMENDED TO ALL !!! πŸ˜‰
 



Isnin, 23 Januari 2017

Kasih Bukan Sekadar Kata-Kata

Bismillah...

Indahnya Bahagia tidak terhingga
seperti dunia milik sendiri
Perasaan di hati siapa terteka
kehilangan kasih paling bererti...


Dia merupakan seorang yang sangat baik dan sangat aku kagumi
Kelahiran nya didunia ini memberi rezeki dan kebahagiaan dalam keluarga..
pendiriannya yang teguh dan tidak tergoncang
membuat dia menjadi orang yang disanjungi dan dikenali...
namun Allah lebih menyayanginya...
untuk tinggal di Istana syurga yang tercipta buatnya..

Terus terang dalam berkata-kata
itulah yang membuat ak selalu meminta nasihat daripada nya
jalan yang lurus dan segar
itulah menjadi pilihan..

rezeki buatnya Allah berikan...
namun dia senang memberikan selancar air
murah hati nya hanya yang mengenali...
Tegar hatinya pada yang tidak mengenali
itulah insan siapa kenal maka cinta...

Kasih nya tidak seperti air
yang akn bersambung juga
namun kasihnya seperti langit
yang sentiasa ada walau dimana dikau berada...

mengotakan kata-kata tanda dia jujur
selalu dahulukan yang penting 
di hormati kerna sikap pimpinan nya
di sayangi kerna sikap prihatin nya

kasih sayangnya bukan palsu
sanggup berkorban walau apapun
tetapi tidak agama menjadi taruhan 
itulah kasih dari Illahi...

Terima kasih kerna ada
bahagia menjadi memori terindah
di semat di kalbu tiap masa
kasih sejati, tiada penghujung...